Tempat Pelancongan Mesra Muslim di Surabaya
Pelancongan Muslim (muslim-friendly tourism) atau pelancongan halal adalah pelancongan mesra yang menyediakan kemudahan beribadah, makan halal, perkhidmatan serta destinasi khusus bagi memenuhi keperluan pelancong yang beragama Islam.
Pelbagai tempat pelancongan Muslim dikawasan Surabaya (Muslim-friendly tourist attractions) yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong Muslim tempatan dan meacanegara, khususnya pelancong dari Malaysia, Singapore dan Thailand.

Surabaya, Jawa Timur menawarkan pelbagai destinasi mesra Muslim (Muslim-friendly travel destinations) yang menggabungkan sejarah dakwah Islam, budaya, dan tarikan moden. Surabaya dilengkapi pula dengan kemudahan halal yang mudah diakses serta lokasi ziarah yang popular.
Kami jomsurabaya.com merupakan salah satu travel agensi pelancongan Surabaya akan memberikan info berkenaan tempat pelancongan mesra muslim serta merancang, mengurus pelbagai kemudahan sepanjang percutian mesra muslim dikawasan Surabaya, Jawa Timur, Indonesia.
Berikut adalah destinasi utama untuk percutian Surabaya mesra Muslim, merangkumi sejarah perjalanan penyebaran Islam di tanah Jawa, oleh wali songo (wali sembilan), dan tempat pelancongan Muslim lainnya dikawasan Surabaya.
Tempat Pelancongan Muslim Popular di Surabaya
⬞ Makam dan Masjid Sunan Ampel Surabaya.
Sunan Ampel Surabaya merupakan salah seorang tokoh Wali Songo yang menyebarkan agama Islam di pulau Jawa pada abad ke-15. Sunan Ampel Surabaya juga dikenali sebagai dengan nama Raden Rahmat atau Sayid Ali Rahmatullah Surabaya.
Sunan Ampel membina Masjid dikawasan Surabaya yang popular dengan nama Masjid Sunan Ampel terletak dikawasan Semampir Surabaya, Jawa Timur.
Masjid Sunan Ampel Surabaya merupakan pusat dakwah Islam tertua di pulau Jawa. Kompleks Makam Sunan Ampel dan Masjid Sunan Ampel Surabaya merupakan destinasi ziarah utama, dilengkapi dengan kawasan membeli-belah Timur Tengah yang popular dengan nama Pasar Sunan Ampel atau Kampung Arab Surabaya.
⬞ Sunan Giri (Raden Ainul Yaqin)
Sunan Giri yang juga dikenali sebagai Raden Ainul Yaqin lahir di Blambangan pada tahun 1442 M dan wafat pada tahun 1506. Beliau salah satu Wali Songo penyebar agama Islam di Jawa, khususnya dikawasan Surabaya, Jawa Timur, serta pendiri kerajaan Giri Kedaton yang terletak di Kabupaten Gresik, Surabaya.
Sunan Giri dimakamkan di kampung Giri, Kebomas, Gresik, Surabaya dan merupakan destinasi pelancongan muslim yang sangat banyak dilawati pelancong tempatan mahupun pelancong dari mancanegara, khususnya dari Malaysia, Singapore dan Thailand.
⬞ Sunan Gresik (Syekh Maulana Malik Ibrahim)
Syeikh Maulana Malik Ibrahim, lagi popular dikenali sebagai Sunan Gresik atau Kakek Bantal, adalah seorang tokoh tertua dalam majlis ulama legenda Walisongo. Beliau tokoh penting pula dalam meletakkan asas serta menyebarkan Islam secara aman di pulau Jawa pada akhir abad ke-14.
Syeikh Maulana Malik Ibrahim wafat pada tahun 1419 M (882 H) dan dimakamkan di tengah bandar Gresik, Surabaya, iaitu di Jalan Malik Ibrahim, Desa Gapura, Sukolilo. Hingga kini makam beliau merupakan salah satu destinasi ziarah (pelancongan muslim) yang paling banyak dilawati di Surabaya, Jawa Timur.
⬞ Sunan Drajat (Raden Qasim).
Sunan Drajat popular dengan nama Raden Qasim dilahirkan sekitar 1470 dan salah satu anggota Wali Songo yang terkenal kerana dakwah menyebarkan Islam di pantai utara Jawa, terutamanya dikawasan Lamongan, Surabaya.
Sunan Drajat merupakan anak bongsu kepada Sunan Ampel (raden rahmatullah surabaya) dan popular dengan pendekatan dakwah yang menitikberatkan solidariti sosial, kerja keras serta kebajikan
Cara dakwah Sunan Drajat menggunakan alat muzik gamelan yang dikenali sebagai Singomengkok serta lagu-lagu tradisional bahasa Jawa sebagai medium dakwah yang mesra budaya dan mudah diterima masyarakat tempatan.
⬞ Sunan Bonang (Raden Maulana Makdum Ibrahim).
Sunan Bonang lahir 1465 di Lasem, Rembang, Tuban dengan sebenar Raden Maulana Makdum Ibrahim, merupakan salah seorang tokoh Wali Songo yang menyebarkan Islam di Tanah Jawa. Utamanya dikawasan Tuban, Surabaya, Jawa Timur.
Sunan Bonang salah satu anggota Wali Songo yang berdakwah dikawasan Tuban popular kerana menggunakan dakwah dengan cara pendekatan seni (gamelan dan wayang) serta sastera dan tasawuf dalam usaha dakwahnya.
⬞ Syaikhona Kholil Bangkalan Madura.
Syaikhona Kholil Bangkalan atau Kyai Kholil Bangkalan merupakan Wira Nasional Indonesia dan seorang ulama popular di Indonesia lahir pada tahun 1835 di Bangkalan, Madura, Surabaya.
Syaikhona Kholil Bangkalan juga merupakan maha guru dari banyak Ualam terkenal di Indonesia, salah satu murid dari pada Syaikhona Kholil Bangkalan adalah Hadratu Syaik Hasyim Asy’ari Tebuirung yang merupakan pendiri organisai terbesar di Indonesia, iaitu Nahdlatul Ulama’
Syaikhona Kholil Bangkalan wafat pada tahun 1925, tepatnya pada 29 Ramadhan 1343 H (23 April 1925 Masihi). Beliau wafat pada usia sekitar +- 106 tahun dan makam nya terletak di Desa Martajasah, Bangkalan, Madura, Surabaya.
Makam Syaikhona Kholil Bangkalan merupakan salah satu destinasi pelancongan muslim popular dikawasan Surabaya yang selalunya ramai dengan pelancong berziarah untuk bertawasul kepada Allah Subkhanahu Wata’ala.
⬞ Hadratu Syaikh Hasyim Asy’ari.
K.H. Hasyim Asy’ari atau lebih popular dengan gelaran Hadratu Syaikh (Mahaguru) Hasyim Asy’ari ialah seorang ulama besar Indonesia dan pengasas pertubuhan Islam terbesar di Indonesia, iaitu Nahdlatul Ulama dan sebagai pelopor pendidikan pesantren, tokoh kemerdekaan, serta pencetus Resolusi Jihad yang membakar semangat perjuangan menentang penjajah.
K.H. Hasyim Asy’ari, dilahirkan di Jombang, Surabaya, Jawa Timur pada 14 Februari 1871 dan Beliau merupakan pengasas Nahdlatul Ulama dan Pondok Pesantren Tebuireng, Jombang. Beliau wafat pada 25 Julai 1947 pada usia 76 tahun dan dikebumikan di kompleks Pondok Pesantren Tebuireng, Jombang.
KH. Hasyim Asy’ari di Jombang, Surabaya, Jawa Timur, merupakan salah satu destinasi pelancongan muslim dan ziarah terbesar di Indonesia. Beliau juga dimakamkan bersama tokoh-tokoh terkemuka lain, termasuk anaknya, KH. Wahid Hasyim, dan cucunya, Presiden keempat Republik Indonesia, Gus Dur (KH.Abdurrahman Wahid).
⬞ Gus Dur (KH.Abdurrahman Wahid).
Gus Dur atau KH.Abdurrahman Wahid adalah Presiden Indonesia ke-4 dan sangat fasih dalam pelbagai bahasa dan merupakan seorang poliglot yang menguasai bahasa Arab, Inggeris, Perancis, dan Belanda selain bahasa ibundanya, iaitu bahasa Indonesia dan Jawa.
Gus Dur dipercayai oleh masyarakat, khususnya warga Nahdlatul Ulama’ merupakan salah satu Waliyullah yang sangat berperinsisp dan memegang teguh rasa kemanusiaan yang sangat tinggi, sehingga beliau di gelari bapak bangsa Indonesia.
Gus Dur lahir di Jombang, Surabaya, Jawa Timur pada 7 September 1940 dan wafat di Jakarta pada 30 Desember 2009. Beliau dimakamkan di kompleks pemakaman keluarga Pondok Pesantren Tebuireng, Jombang, Surabaya yang kini menjadi salah satu destinasi pelancongan muslim dan ziarah terbesar dan popular di Surabaya, Jawa Timur, Indonesia.
⬞ KH.Abdul Hamid Pasuruan.
Kiai Haji Abdul Hamid yang juga dikenali sebagai Mbah Hamid Pasuruan merupakan seorang ulama kharismatik dan pendakwah besar yang sangat dihormati di Indonesia. Beliau terkenal dengan sifat sabar, tawaduk, dan memainkan peranan penting dalam pengembangan dakwah agama Islam di Pasuruan, Surabaya. Jawa Timur.
Kiai Haji Abdul Hamid merupakan Ulama yang masyhur dengan pelbagai karomah, utamanya beliau sangat sayang kepada semua orang tanpa membezakan. Beliau lahir pada tahun 1914 di Lasem, Rembang, Jawa Tengah dan wafat pada 25 Disember 1985 di Pasuruan, Surabaya, Jawa Timur.
Makam KH Abdul Hamid Pasuruan merupakan salah satu destinasi pelancongan muslim dan ziarah paling populer di Surabaya, Jawa Timur. Allahyarham dikebumikan di kompleks perkuburan yang terletak betul-betul di belakang Masjid Augung Al Anwar Kota Pasuruan, Surabaya, Jawa Timur.
⬞ Masjid Nasional Al-Akbar Surabaya.
Masjid Nasional Al-Akbar Surabaya merupakan masjid terbesar kedua di Indonesia. Mssjid Al-Akbar Surabaya terkenal pula sebagai destination pelancongan Islam yang reka bentuk kubah yang unik dan menarik, menara pandang, serta taman tema yang sesuai percutian keluarga untuk persinggahan santai pelancong.
Masjid Negara Al-Akbar atau Masjid Nasional Al-Akbar Surabaya mempunyai menara pemerhati setinggi 99 meter, terletak di Jalan Pagesangan, ia pun turut menampilkan kawasan pendidikan iaitu Taman Tamadun Masjid Al-Akbar Surabaya.
Majoriti pelancong dari Malaysia, Sabah, Singapore, Tahiland merangkumi pelancong dari Pattani, Yala, Narathiwat, dan Satun, selalunya melawati Masjid Negara Al-Akbar ketika mereka melancong di Surabaya.
Itulah senarai sebahagian destinasi terbaik untuk pelancong Muslim dikawasan Surabaya yang menawarkan gabungan unik antara warisan Islam, kemudahan makanan halal, dan tempat solat yang selesa sepanjang pelancongan dikawasan Surabaya.
Berkenaan dengan pakej pelancongan Mesra Muslim (muslim-friendly tour packages) atau pilihan pakej percutian Surabaya lainnya, Majoriti customer kami meminta menggabungkan dengan pakej percutian Bromo atau dengan pakej percutian Malang Batu.
Sila kongsikan itinerary dengan team kami, team travel agensi pelancongan kami akan memberikan cadangan jadual perjalanan yang bersesuaian sepanjang anda melancong dikawasan Surabaya.