10 Tempat Pelancongan Menarik dan Terbaik di Surabaya

Bandaraya Surabaya atau Kota Surabaya ialah ibu negeri bahagian wilayah Jawa Timur, Indonesia dan Surabaya juga merupakan Bandaraya kedua terbesar di Indonesia selepas kota Jakarta.

Pelbagai destinasi pelancongan menarik di Surabaya, seperti pelancongan sejarah, budaya, Religi, Pelancongan alam semulajadi dan moden, kawasan membeli belah (shopping tour) dan kuliner terbaik.

Destinasi pelancongan dekat Surabaya yang selalunya menjadi tumpuan pelancong dari pelbagai negara, biasanya lebih berminat dengan keindahan alam semula jadi, moden, pusat beli-belah, religi, ziarah wali, tapak bersejarah, lawatan pesantren atau rumah anak yatim & asnaf.

Ketika ini lagi ramai pelancong ingin menikmati keindahan alam dikawasan Surabaya, seperti pelancong dari pada Malaysia, Singapore, Sabah kota Kinabalu, pelancong Melayu daripada Thailand seperti Pattani, Yala, Narathiwat, Songkhla (Hat Yai), dan Satun.

Ada 10 tempat percutian menarik dan famous dikawasan Surabaya, Jawa Timur, Indonesia, iaitu Gunung Bromo, Malang Batu, Kawah Ijen, Air terjun Tumpak Sewu, Taman Baluran, Jatim Park, Museum Angkut, Masjid Tiban Turen dan Bandaraya Surabaya.

10 Tempat Pelancongan Terbaik dan Popular di Surabaya

1. Gunung Bromo

Gunung Bromo ialah salah satu gunung berapi aktif di Surabaya, Jawa Timur, Indonesia hingga sekarang, memiliki kerketinggian 2,329 meter, Gunung Bromo terkenal pula di peringkat antarabangsa sebagai destinasi pelancongan utama dikawasan Surabaya.

Kawasan pelancongan Gunung Bromo di Surabaya memiliki banyak tarikan, antara tarikan utamanya ialah melihat matahari terbit (bromo sunrise) di 4 spot terbaik, antara view pint sunrise terbaik Gunung Bromo ; Penanjakan 1, Bukit Perahu, Bukit Kingkong dan Sruni Point.

Tarikan lainnya ialah merentasi Lautan Pasir dengan menunggang kuda, mendaki ke bibir Kawah Bromo, bersantai di Savana Teletubbies, Pasir widodaren, meneroka Pasir Berbisik dan ada lagi tempat pelancongan yang masih dikawasan Taman National Bromo Tengger Surabaya, iaitu Air terjun Madakaripura.

2. Malang Batu

Malang Batu ialah bandaraya yang menawarkan percutian lengkap dan menggabungkan keseronokan bandar, taman tema keluarga, pelancongan moden, dan keindahan alam semula jadi. Jarak perjalanan dari Surabaya ke Malang Batu +- 3 jam melalui lebuh raya.

Malang Batu merupakan salah satu bandar tanah tinggi yang sangat sejuk, tentunya sangat sesuai untuk destinasi pelancongan ketika cuti sekolah tiba, sesuai pula untuk percutian mesra keluarga, warga emas 60+ (senior friendly tours), kanak-kanak dan sesuai pula untuk program percutian honeymoon.

Berikut adalah tempat pelancongan menarik di Malang Batu untuk diterokai ; Ladang epal, Jatim park, Muzium angkut, Floating marekt, Flora santerra de laponte, Taman langit, Taman bunga selecta, Batu night spactacular, Coban rondo, Cafe pujon, Malang skyland, Taman kemesraa pujon, Malang night paradise, Alon-alon kota Batu, Kampung warna warni (colorful village) dan banyak lagi tempat percutian menarik lainnya dikawasan Malang Batu.

3. Kawah Ijen

Kawah Ijen ialah tempat percutian terbaik di Surabaya, Jawa Timur, Indonesia, popular pula di seluruh dunia dengan fenomena Api Biru, popular dengan nama Blue Fire Ijen, ada pula tasik kawah berasid berwarna hijau toska terbesar di dunia, serta pemandangan matahari terbit yang sangat memukau.

Berkenaan dengan Api Biru (Blue Fire Ijen), fenomena alam pembakaran gas sulfur yang menghasilkan nyalaan api berwarna biru elektrik yang hanya boleh dilihat di dua tempat di dunia, iaitu Kawah Ijen dan Iceland pada waktu malam.

Perlombongan Sulfur tradisional di Kawah Ijen merupakan aktiviti rutin harian pelombong tempatan yang mengumpul bongkah sulfur secara manual dari dasar kawah Ijen dalam keadaan yang sangat mencabar.

Kawah Ijen di Surabaya sangatlah sesuai untuk yang gemar dengan tempat pelancongan alam semulajadi, dan anak-anak muda yang gemar dengan  adventure, hiking tour, sebab untuk samapi puncak Ijen, kita mesti trekking +- 2 jam.

4. Tumpak Sewu

Air Trjun Tumpak Sewu ialah salah satu air terjun paling ikonik di Surabaya, Indonesia. Destinasi pelancongan ini ketika ini sangat viral dengan formasi tebing unik yang menyerupai tirai air terjun seribu helai, Tumpak Sewu sering pula digelar “Niagara Indonesia”.

Tarikan utama dari pada Tumpak Sewu ialah panorama view atas, menawarkan pemandangan air terjun yang sangat menarik dan megah dari sudut pandang atas (atas tebing) dengan background sangat indah , iaitu Gunung Semeru Mahameru.

Tarikan lainnya dari pada Tumpak Sewu adalah lembah air terjun, pelancong yang lasak boleh menuruni tangga curam, iaitu melalui laluan air yang deras dan merentasi titian untuk sampai ke dasar air terjun dan merasai sendiri titisan air yang sangat deras.

Jarak dari pada Bandaraya Surabaya lebih kurang 2-4 jam, Jika dari Kawah Ijen 5 – 6 jam, dan jika Anda bergerak dari Gunung Bromo +- 3 jam. Tumpak Sewu selalunya di gabungkan dengan pakej percutian Bromo, Kawah Ijen dan Malang Batu.

5. Taman Baluran

Taman Baluran (baluran national park) merujuk kepada tempat pelancongan di Surabaya. Baluran merupakan tempat pelancongan terbaik dan menarik dikawasan Surabaya, Jawa Timur. Taman Baluran digelar sebagai “Little Africa in Java”, ia terkenal dengan padang savana, hidupan liar eksotis, dan Pantai Bama yang cantik di tepinya.

Tarikan utama di Taman Nasional Baluran Surabaya ialah Padang Savana Bekol, iaitu padang rumput luas background Gunung Baluran yang kelihatan seperti landskap Afrika.

Tarikan lainny adalah Pantai Bama yang terletak tidak jauh dari padang savana, popular dengan air laut yang jernih, sunrise yang indah, hutan bakau, dan kawasan melihat burung.

Tarikan yang lebih adalah hidupan haiwan liar, yakni habitat semula jadi untuk pelbagai haiwan seperti rusa, monyet ekor panjang, kerbau liar, burung merak dan banyak haiwan haiwan lainnya yang hidup liar dan tidak ada ubahnya sepert kawasan africa.

Sekiranaya Anda mahu merancang perjalanan atau mendapatkan pakej pelancongan Surabaya dengan destinasi Taman Baluran serta digubungkan dengan pakej Bromo Kawah Ijen atau Tumpak Sewu, sila maklumkan pihak travel agensi kami.

6. Jatim Park

Jatim Park atau Jawa Timur Park adalah salah satu destinasi pelancongan terkemuka di, Surabaya, Indonesia yang sangat sesui untuk percutian mesra keluarga dan kanak-kanak (pelancongan keluarga dan taman tema) yang terletak di bandaraya Malang Batu.

Sebelum lawatan Jatim Park di Malang Batu, Anda mesti faham, bahwa di Malang Batu ada 3 taman tema, iaitu Jatim Park 1, Jatim Park 2 dan Jatim Park 3 yang masing masing Jatim Park ada wahana berbeza.

Jatim Park 1 : Jatim Park 1 merupakan taman tema yang menggabungkan konsep hiburan untuk kanak-kanak dan konseo pendidikan dengan pelbagai permainan mencabar serta pameran atau pertunjukan kebudayaan Indonesia.

Jatim Park 2 : Jatim Park 2 merupakan tempat pelancongan alam semula jadi yang popular menempatkan Batu Secret Zoo (zoo moden), Muzium Satwa, dan zon Sweet Memories Selfie yang sangat sesuai untuk percutian mesra kanak-kanak.

Jatim Park 3 : Jatim Park 3 yang ketika ini popular dengan gelaran Dino Park adalah taman tema interaktif bertemakan dinosaur, lengkap dengan muzium zaman purba dantaman permainan berskala besar yang sesuai pula untuk percutian mesra keluarga dan kanak-kanak.

7. Museum Angkut

Museum Angkut atau Muzium Pengangkutan yang dikenali pula sebagai Muzium Angkut adalah salah satu pelancongn terkenal di Surabaya, yang terletak di bandaraya Malang Batu, yakni dengan masa perjalanan +- 3 jam dari Surabaya airport.

Muzium Angkut terletak di Kota Batu, Jawa Timur, Indonesia, dan merupakan muzium pengangkutan pertama di Asia Tenggara yang mempertunjukkan pelbagai koleksi kenderaan vintaj dan moden daripada pelbagai era di lokasi berkonsepkan zon bertema.

Tarikan utama dari pada Museum Angkut adalah ada lebih 300 koleksi kenderaan bermotor dan tanpa enjin. Zon popular termasuk Main Hall yang termasuk koleksi awal, ada pula Zon Gangster & Broadway, Zon Buckingham Palace, dan Pasar Apung (floating market).

Sekiranya Anda ingin menggabungkan lawatan ke Museum Angkut dengan trip percutian Bromo, pakej yang sesuai adalah pakej Surabaya Bromo Malang 4 hari 3 malam atau pakej Surabaya Bromo Malang 5 hari 4 malam.

8. Masjid Tiban Turen

Masjid Tiban Turen adalah salah satu Masjid viral terletak dikawasan Malang Surabaya, sepanjang ini popular dengan nama Masjid Jin, kerana Masjid Turen di Malang ini dipercayai dibina oleh bangsa Jin dalam masa yang sangat singkat, iaitu satu malam sahaja.

Fakta sebenar Masjid Turen Malang, famous dengan nama Masjid Biru iaitu merujuk kepada lawatan ke salah satu kompleks pondok pesantren megah di Turen, Malang, Surabaya, Jawa Timur, yang popular dengan seni bina 10 tingkat yang unik.

Sejarah sebenar Masjid Turen mula dibina pada 1978 oleh para santri dan jemaah dengan seni bina yang sangat menakjubkan, iaitu gabungan gaya Timur Tengah, India, dan China dengan kubah biru-putih dan pintu masuk berwarna emas.

Kini Masjid Turin masuk kepada category salah satu tempat percutian muslim yang selalunya dilawati banyak pelancong, baik pelancong tempatan mahupun mancanegara, seperti Malaysia, Singapore, Sabah kota kinabalu.

9. Safari Zoo Surabaya

Safari Zoo Surabaya adalah tempat pelancongan menarik dikawasan Surabaya yang menapilkan hidupan liar di sekitar Surabaya. Safari Zoo di Surabaya terbahagi kepada dua destinasi utama yang berbeza, iaitu Safari Zoo Prigen dan Safari Zoo Surabaya.

1. Kebun Binatang Kota Surabaya (safari zoo surabaya) terletak di tengah bandar Surabaya dan menempatkan ratusan spesies haiwan Safari Zoo Surabaya juga merupakan zoo tradisional yang mesra keluarga dan kanak-kanak dan aktiviti di Safari Zoo Surabaya adalah menonton pelbagai haiwan, memberi makan zirafah, komodo dan kawasan petting zoo.

2. Taman Safari Prigen merupakan Safari Zoo yang terletak di lereng Gunung Arjuna +-1.5 hingga 2 jam perjalanan dari bandar Surabaya), Safari Zoo prigen merupakan antara taman safari terbesar di Asia dengan konsep moden di mana haiwan dilepaskan bebas di kawasan yang menyerupai habitat semula jadi.

Aktiviti utama dari pada Safari Zoo Prigen adalah bersiar-siar menaiki kenderaan sendiri atau bas pelancong yang disediakan oleh pihak Safari Zoo untuk melihat haiwan dari dekat dan berinteraksi dengan bayi haiwan, ada pula sesi sarapan bersama zirafah (breakfast with giraffe surabaya) dan pelbagai pertunjukan haiwan lainnya.

10. Bandaraya Surabaya

Bandaraya Surabaya adalah tempat pelancongan popular di kalangan pelancong, merangkumi mercu tanda sejarah, pusat beli-belah (shopping tour surabaya), bangunan ikonik dan religi. Majoriti pelancong yang datang melawati tempat percutian menarik dikawasan Surabaya adalah dari pada Malaysia, Sabah Kota Kinabalu, Singapore, Thailand pelancong dari pada negara lainnya.

Antara tempat pelancongan menarik dan utama dikawasan Surabaya adalah Masjid Cheng Ho Surabaya, iaitu Masjid yang berunsurkan seni bina Cina dan Islam. Ada pula Submarine muzium Surabaya atau Monumen Kapal Selam.

Ada pula tempat pelancongan menarik dan popular di Surabaya, iaitu Jambatan Suramadu (suramadu bridge), ada pula Tunjungan Plaza, iaitu tempat beli-belah moden terbesar di kota Surabaya yang menjadi tempat fovorite pelancong dari mancanegara.

Dapatkan pelbagai info dan tawaran pakej-pakej percutian Surabaya menarik, Info lebih banyak berkenaan pelancongan Surabaya, Sila terus menghubungi melalui talian WhatsApp berikut untuk tempahan dan pertanyaan pakej percutian.

10 Tempat Lawatan Terbaik dan Popular di Surabaya