Tempat Menarik di Surabaya Untuk Percutian Keluarga

Surabaya adalah bandaraya yang memiliki pelbagai destinasi pelancongan yang kaya dengan pelancongan sejarah, budaya, religi (sufi tourism), pelancongan alam semulajadi yang menakjubkan dan pusat beli-belah moden.

Surabaya juga merupakan pintu masuk utama ke tempat percutian menarik di Surabaya, merangkumi Gunung Bromo, Kawah Ijen, Taman Baluran, Air terjun Tumpak Sewu, Gunung Semeru, Air terjun Madakaripura, Malang Batu, Safari Zoo dan tempat pelancongan menarik lainnya.

Ketika kita merancang percutian untuk keluarga ke Surabaya, kita memerlukan keseimbangan antara aktiviti menyeronokkan dan santai untuk keluarga, kanak-kanak, dewasa, warga emas atau untuk pelancongan honeymoon tour.

Untuk perancangan percutian ke Surabaya, disini kami travel agensi pelancongan akan menawarkan beberapa tempat percutian sesuai dan seronok untuk percutian mesra keluarga sempena cuti sekolah nanti, antara :

Tempat Percutian Sesuai Untuk Keluarga di Surabaya

1. Gunung Bromo

Gunung Bromo ialah tempat percutian famous yang terletak dikawasan Surabaya, Jawa Timur, Indonesia yang selalunya menjadi tumpuan pelancong tempatan mahupun pelancong dari pelbagai negara di sepanjang tahun.

Gunung Bromo popular dengan keindahan sunrise nya dan memiliki spot menarik lainnya, seperti ; penajakan 1, bukit kingkong, bukit perahu, bukit cinta, pasir widodaren, padang savana, bukit teletubbies, bukit mentigen, seruni point dan pasir berbisik (whispering sand bromo).

Gunung Bromo merupakan salah satu pelancongan Surabaya yang sesuai untuk percutian mesra keluarga (pakej family day), orang tua atau warga mas, sesuai pula untuk bawa anak kecil, dan percutian honeymoon.

2. Malang Batu

Selain pelancongan Bromo, ada pula tempat percutian menarik di Surabaya yang sangat sesuai untuk pelancongan mesra keluarga (pakej family day), warga emas dan kanak-kanak, iaitu Bandaraya Malang Batu.

Malang Batu merupakan destinasi popular di Surabaya, Jawa Timur, Malang Batu juga terkenal dengan suhu tanah tinggi yang sejuk. Malang Batu popular pula dengan ladang epal nya dan taman tema bertaraf dunia.

Malang Batu merupakan destinasi percutian ideal untuk percutian mesra yang menggabungkan keseronokan rekreasi keluarga, pemandangan alam semula jadi yang sangat menakjubkan dan tarikan Instagrammable pula.

3. Safari Zoo Surabaya

Safari Zoo Surabaya ialah satu tempat menarik dengan bentuk pelancongan rekreasi dan pendidikan yang membolehkan semua pelawat melihat haiwan-haiwan liar atau eksotik dalam persekitaran yang direka cipta menyerupai habitat semula jadi haiwan-haiwan.

Taman Safari Zoo Surabaya merupakan salah satu tempat pelancongan popular untuk percutian mesra keluarga (percutian family day), warga emas, lagi menarik untuk percutian mesra kanak-kanak.

Sebelum merancang lawatan ke Taman Safari zoo di Surabaya, Anda mesti mengetahui secara detail berkenaan Safari zoo. Ada dua Safari zoo di Surabaya, iaitu :

1. Taman Safari Prigen

Taman Safari Prigen adalah safari zoo yang terletak di kampung Prigen Pasuruan +- 2 jam perjalanan dari Surabaya airport atau stesen. Safari zoo Prigen merupakan safari zoo terbesar di Asia dengan konsep terbuka di lereng Gunung Arjuno.

2. Kebun Binatang Surabaya

Kebun Binatang (zoo surabaya city) merupakan safari zoo terletak di tengah bandaraya Surabaya, dan merupakan salah satu zoo tertua di Indonesia yang menempatkan pelbagai spesies haiwan

4. Surabaya City Tour

Surabaya City Tour merupakan destinasi pelancongan sesuai untuk pelancong Malaysia dan sesuai pula untuk percutian keluarga yang menawarkan gabungan menarik antara sejarah, religi, budaya, dan beli-belah.

Antara tempat pelancongan menarik yang boleh dilawati dikawasan bandaraya Surabaya ialah : Masjid Cheng Ho, Submarine muzium, Jambatan suramadu (suramadu bridge), Sunan Ampel, Monumen Tugu Pahlawan (tugu hero) dan Museum Sepuluh Nopember.

Antara tempat beli belah terbaik : Tunjungan Plaza & Pasar Atom, Jembatan Merah Plaza, Lapis Kukus Pahlawan Surabaya, Pasar Genteng Baru.Food junction grand pakuwon dan Surabaya north quay.

Dapatkan pelbagai info menarik dan pakej percutian Surabaya yang kami sediakan, Info lebih banyak berkenaan pelancongan Surabaya, terus menghubungi melalui talian WhatsApp berikut untuk tempahan dan pertanyaan pakej percutian.

Tempat Percutian Menarik di Surabaya Untuk Keluarga